Total Pageviews

Wednesday, May 4, 2011

Fixie's Gallery Page: More pics around the world!

Fixie's Gallery Page: More pics around the world!: "The willing FiXie4 u™ a proud Fixie`s owner Faris with FiXie4u™ `King ` Sade with FiXie4u™ `Snow White ` Faradeana with ..."

Wednesday, April 13, 2011

PENGAJARAN BUAT SEMUA

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah
benar ini       
diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku dikawasan
daerah Gombak di
mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan
berpengaruh. Begini 
ceritanya :-                                                                      
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun.
Pelbagai    
pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam                
jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia
akibat.......       
kemalangan, sakit tua, sakit jantung,bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun,     
pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di                           
sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu,
telah         
mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup âistimewaâ sepanjang                  
pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu             
dengan satu jenazah yang cukup aneh,menyedihkan, menakutkan dan sekali
gus        
memberikan banyak iktibar.                                                        
                                                                                   
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di
Serkam, Melaka.   
Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya
nyatakan di     
sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak
Allahyarham       
menguruskan jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila
saya hampir  
sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu                                 
sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan
banyak jenazah 
tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila
saya tengok  
wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya                          
tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam
perasaan...takut,    
cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti                            
tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain
kafan         
yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara
kebetulan     
pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan                      
jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan             
mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa                   
pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah,              
badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah
diurut           
urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut             
Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan.             
Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar             
daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. âLain macam saja               
niâ, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu               
dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari             
mulutnya. Hati saya berdebar-debar.Apa yang sedang berlaku di depan
saya          
ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia
tidak        
akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang              
terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya,             
keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat
yang          
masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari
mana        
datangnya ulat itu, jangan tanya saya. Allahyarham meninggal dunia
akibat         
diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya                    
menguruskan mayatnya *****a lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh,              
bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi               
sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti
terkejut.      
Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa               
mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan
panik.      
Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke                 
muka mereka. Saya kata kepada mereka, âInilah ujian Allah kepada                  
kitaâ.                                                                            
                                                                                   
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil                
kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang
beruntung kerana 
mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di
luar negeri dan
enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya
marahi mereka.  
Saya mengingatkan mereka bahawa                                                   
tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,
bukan       
menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai
anak, merekalah 
yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok
imam, tok      
bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk
maka        
Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan
seorang bapa.   
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham
tidak       
langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.                                    
                                                                                   
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan            
mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut,
tiba-tiba   
keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.Besen
itu boleh    
dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja.                      
Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan
berharap   
tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu
saya mandikan 
semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya
mengambil  
kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak
diizinkan seorang
pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut             
perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku. Takdir Allah jua yang
menentukan.    
Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain
kafan itu       
cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka
saya tak    
boleh nak ikat kepala dan kakinya.                                                
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti
tidak mahu     
menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa
memotongnya.    
Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di                       
tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak
berapa        
elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada
masa           
yang sama saya berdoa kepada Allah, âYa Allah, jangan Kau hinakan
jenazah ini ya  
Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu iniâ. Selepas itu
saya berikan  
taklimat tentang sembahyang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan.
Yang hadir     
*****a 13 orang saja.                                                             
                                                                                   
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul.
Jenazah itu tidak
dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah.
Saya       
hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi
yang peliknya,
mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada
sedang          
digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan
bantuan.Lelaki
itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan
van dari    
garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang
mencari     
tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham,
tiba-tiba        
isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak
ramai, âAbang,  
saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah
itu sebab    
semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanyaâ.
Renungkanlah,     
kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita                       
yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya
van itu     
membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki
menawarkan           
bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia
meminta izin      
daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu.
Dalam jangka    
waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam
keadaan yang basah
kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan
lori itu    
digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkah
kita       
melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam
perjalanan menuju ke 
kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli
masyarakat 
tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka
pergi kubur 
saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu
mereka melihat   
apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu
berlaku sekali  
lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja
jenazah      
tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke
dalam liang    
lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad
jenazah itu     
mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar
dari        
celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan,
tetapi dari mana 
datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan
anak           
Allahyarham supaya sendalkan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya
takut nanti ia
akan terlangkup.... naâuzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada
harapan untuk 
mendapat syafaat Nabi saw. Papan keranda diturunkan dan kami segera
kambus kubur  
tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila
hujan ia   
tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang
diinjak itu     
menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air
hitam yang    
busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak
Allahyarham supaya 
berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus
dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi
ia seperti 
kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya                             
hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan            
serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah
julung-julung kalinya  
peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil
keputusan   
untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama
terlibat dalam 
pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya
*****a bacakan   
tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah
Allahyarham  
dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada                                   
isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham
semasa           
hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta
secara           
merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri              
allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia
malu           
untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi              
sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham               
menghubungi saya. Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham
merupakan         
orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang
beristerikan orang
Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi
isterinya orang    
Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya
menguruskan      
jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya
menguruskan
jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan
mereka sebagai  
musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada
masyarakat?     
Mereka kata TIDAK. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai
bila-bila. Kepada 
masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi
pada diri   
kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah
kita mahu  
peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa
nanti         
di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?                 
                                   

Saturday, December 25, 2010

PENDIDIKAN YG BAIK UNTUK ANK...


22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak   
   
Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan.
Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:
1)       Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
2)       Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
3)       Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
4)       Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
5)       Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
6)       Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
7)       Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
8)       Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
9)       Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
10)    Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
11)    Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
12)    Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
13)    Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
14)    Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
15)    Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
16)    Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
17)    Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
18)    Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
19)    Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
20)    Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
21)    Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
22)    Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.

Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.

Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

Koleksi ANIS / Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
 

LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADPI KESUSAHN DAN KESENANGAN


Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah,malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
1.Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datang-nya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi,banjir, hama,kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam,alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman)sama sahaja kepada mereka,sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya,dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7)

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka,mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah SWT: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap,iaitu kalau ia beroleh kebaikan,senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah,yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12)Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan,dia akan berasa sombong,kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa.lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49)"Dan demi sesungguhnya!Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya,kedapatan dia sangat-sangat berputus asa,lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9)

3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka,kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12)

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah,tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51) Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut,mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya,ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah.Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah.Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah,berlindung denganNya.Bahkan mereka menyingsing lengan,mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.

EMPAT GOLONGAN MANUSIA

Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:

1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya sendiri sahaja.
2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merosakkan dirinya sahaja.
3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang lain dalam masyarakat.

Kata pepatah,jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan dari busuk,maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan. Kita digolongan mana? Jika kita tak boleh berbuat baik dalam masyarakat,janganlah rosakkan orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.

::TENSION::::;





The moment you are in TENSION
You will lose your ATTENTION
Then you are in total CONFUSION
and you'll feel
then you'll spoil personal
ultimately you won't get COOPERATION
Then you'll make things COMPLICATION
then your blood pressure may also rise CAUTION
And you may have to take MEDICATION

Instead, Understand the SITUATION
And try to think about SOLUTION
many problems will be solved by
which will work out better in your PROFESION
dON't think it;s my free
It is only for your PREVENTION
If you understand my INTENSION
You'll never come again to TENSION.......

take from : HEMMMM